Pemain tengah skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Amirul Hisyam Awang Kechik, bertekad menebus kekecewaan dua tahun lalu dengan memastikan pasukannya layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China, tahun depan.
Amirul Hisyam adalah antara beberapa pemain skuad B-22 tahun negara yang beraksi dalam kempen kelayakan Kejohanan AFC 2016.
Bermain di tanah air pada Mac 2015, Amirul Hisyam gagal membantu pasukannya mara ke pusingan akhir pada tahun berikutnya.
Skuad negara yang dibimbing Razip Ismail ketika itu menamatkan saingan kumpulan di tangga ketiga menerusi satu kemenangan dan dua kekalahan.
Justeru, hanya kemaraan untuk kempen kali ini mampu menjadi penawar duka terbaik buat pemain kelahiran Kedah itu.
"Masa itu kami berada dalam kumpulan yang sukar tetapi kali ini nampaknya ada peluang. Kita dengan Indonesia pun 50-50. Kami rasa boleh layak," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kepincangan di bahagian tengah, Amirul Hisyam optimis percaturan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, mampu menangani masalah itu.
"Itu antara masalahnya juga. Tempat itu hanya perlukan tiga pemain tetapi ramai yang boleh mengambil tempat itu. Diharapkan tiada masalah," tambahnya.
Melibatkan seramai 22 pemain, skuad muda negara tiba di Bangkok, semalam, dan menjalani latihan hari ini untuk berdepan Indonesia dalam aksi sulung, esok.
Skuad Kim Swee kemudian akan beraksi menentang Thailand dan Mongolia.