Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Yusof Mahadi, memberi amaran keras kepada mana-mana pemain yang beraksi dalam liga komuniti M5.
Hal ini kerana, susulan yang sering berlaku membabitkan isu pergaduhan di antara pihak pasukan dan pengadil sehingga menimbulkan kekecohan dan kecederaan.
Secara amnya, ini tidak boleh berlaku lagi atau pihak AFL sendiri akan mengambil tindakan tegas seperti menyenarai hitam pengelola dan pasukan terlibat.
"Kita akan menyediakan beberapa langkah yang perlu diambil supaya keselamatan perlu diberi perhatian yang khusus dan kita tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
"Andai perkara sedemikian juga berlaku, kita akan menyenarai hitamkan pasukan yang terbabit," kata Datuk Yusof Mahadi.
Dalam perkembangan yang sama, Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka dan Super Football League (SFL), akan menganjurkan kolaborasi bersama liga M5 2024.
Melaka bakal membuka lebih banyak ruang untuk komuniti merasai saingan bola sepak di peringkat amatur.
"Melalui kolaborasi ini, kita akan mula membuka penyertaan dan menyasarkan sebanyak 32 buah pasukan," kata Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka.
Najmi Iman
Mon Apr 08 2024