Skip to main content

Bola Sepak

Alves mahu cipta sejarah bersama Sao Paulo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

danialves.jpg
Dani Alves mahu mencipta sejarah bersama Sao Paulo ketika pertahanan sayap itu melaungkan keinginannya untuk beraksi dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Alves, 36, menandatangani kontrak bersama kelab gergasi Brazil itu hingga penguhujung 2022.

Dia kembali ke kampung halamannya sejak meninggalkan Bahia pada 2002.

Pertahanan itu, yang turut dikaitkan dengan beberapa kelab Eropah, berkata dia mahu memberikan sesuatu buat Sao Paulo.

"Saya datang ke Sao Paulo untuk bekerja, saya bukan datang ke sini untuk menamatkan karier saya," katanya dalam sidang media selepas diperkenalkan sebagai pemain kelab itu awal pagi tadi.

"Saya masih mempunyai sasaran yang perlu dicapai, salah satunya adalah untuk mencipta sejarah bersama Sao Paulo," katanya.

Alves menghabiskan 17 musim yang kaya dengan trofi di Eropah, termasuk ketika memenangi enam kejuaraan LaLiga dan tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah dengan Barcelona selain meraih kejuaraan liga bersama Juventus dan Paris Saint-Germain (PSG).

Bagi menjelaskan keputusannya menyertai Sau Paulo, Alves -- yang mendedahkan dia tidak berbincang dengan jurulatih Brazil, Tite, sebelum melengkapkan perpindahan itu -- berkata dia menyertai pasukan itu dengan meletakkan sasaran untuk ke Piala Dunia Qatar.

"Saya memerlukan projek yang kukuh.

"Saya memerlukan kestabilan dalam sukan kerana saya ada matlamat saya.

"Saya perlu mencipta sejarah walaupun mengetahui segala kesulitan yang akan dilalui.

"Saya kembali ke Brazil dengan segala-galanya yang melibatkan nama saya.

"Segala-galanya yang mereka harapkan daripada saya.

"Namun, impian yang saya miliki lebih hebat berbanding apa-apa kesukaran yanng mungkin tiba.

"Saya ulanginya lagi, sasaran saya adalah untuk bermain dalam Piala Dunia 2022.

"Dan ia bermakna untuk berada di kelab yang memberikan saya kemungkinan itu, yang mempercayai saya, yang percaya dengan profesionalisme dan sejarah saya dalam bola sepak.

"Sentiasa akan ada cerita yang akan tercoret dengan pengorbanan dan usaha, namun dengan banyak penyerahan dan hasil," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video