Neymar dilayangkan kad merah selepas memukul belakang kepada Alvaro dalam waktu kecederaan ketika PSG tewas 0-1 kepada Marseille dalam perlawanan Le Classique di Paris awal pagi tadi.
Bintang Brazil itu menulis dalam Twitter bahawa dia menyesal tidak menumbuk Alvaro di muka sebelum mendakwa pertahanan itu memanggilnya dengan perkataan "monyet".
Bagaimanapun, Alvaro menafikan dakwaan itu dengan menciap dalam akaun Twitter miliknya.
"Tiada ruang untuk perkauman.
"Perlawanan yang bersih bersama rakan sepasukan dan rakan-rakan seperti biasa.
"Adakalanya anda perlu belajar menerima kekalahan dan membuktikannya di atas padang.
"Ia tiga mata yang hebat hari ini," tulisnya.
No existe lugar para el racismo. Carrera limpia y con muchos compañeros y amigos en el día a día. A veces hay que aprender a perder y asumirlo en el campo. Increibles 3 puntos hoy. Allez l’OM? Gracias familia⚪️Ⓜ️?? pic.twitter.com/4DuUT1PT0x
— Álvaro González (@AlvaroGonzalez_) September 13, 2020
Leandro Paredes, Layvin Kurzawa, Jordan Amavi dan Dario Benedetto turut dibuang padang susulan insiden dalam waktu kecederaan itu.
Gol tunggal Florian Thauvin sudah cukup untuk memastikan kemenangan Marseille, sekali gus memastikan kekalahan kedua berturut-turut PSG dalam saingan awal Ligue 1 musim ini.