SERIE A
Alvaro Morata menyesal berpisah dengan Atletico
Alvaro Morata kesal meninggalkan Atletico Madrid dan menyertai AC Milan pada musim panas lalu walaupun menikmati musim yang memberangsangkan bersama Galatasaray musim ini.
Morata menyertai Atletico pada mulanya secara pinjaman daripada Chelsea pada 2019-20 sebelum membuat perpindahan kekal pada musim berikutnya, tetapi segera dipinjamkan Juventus.
Penggempur Sepanyol itu kembali ke Madrid pada 2022 dan membuat 154 penampilan untuk kelab itu dalam dua penggal.
Morata meledak 58 gol selain mencatat 14 bantuan jaringan buat Atletico, namun selepas meraih gelaran EURO 2024 bersama Sepanyol, temasya di Jerman yang menyaksikannya dia menjaringkan 11 gol sebelum kembali ke Serie A bersama Milan untuk kempen 2024-25.
Namun, memandangkan sekadar merekodkan enam gol dalam 25 penampilan untuk Rossoneri, Morata kemudian dipinjamkan ke Galatasaray di mana dia telah menemui semula rentak berbisannya.
Morata secara terbuka pernah mendedahkan cabaran kesihatan mental yang dihadapinya dan tahun lalu dia hampir meninggalkan pasukan kebangsaan ekoran mengalami kemurungan dan serangan panik.
"Apabila tiba musim panas, saya sepatutnya mempertimbangkan lebih banyak aspek ," katanya kepada radio Cadena SER.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya sepatutnya memikirkan adakah perlu meninggalkan Atletico atau tidak.
“Apabila keadaan tidak menjadi di bahagian tertentu dalam hidup anda maka anda membuat keputusan yang silap,bukan hanya dalam bola sepak.
"Anda tidak boleh mengubahnya. Anda perlu bergerak ke hadapan. Kami sangat gembira, saya gembira dengan karier saya, saya gembira bersama pasukan kebangsaan.
"Tahun depan jika segalanya berjalan lancar dan Galatasaray memenangi liga, kami akan layak ke Liga Juara-Juara (UCL). Turkiye mungkin kelihatan liga yang kurang kompetitif, tetapi UCL tetap UCL.
"Dengan melihat ke belakang pasti saya tidak akan dapat membuat keputusan.
" Saya tidak tahu bagaimana untuk melihat ke arah realiti. Kami adalah juara Eropah. Di Atletico, makin ramai orang yang menyayangi saya, yang memahami saya. Tetapi ia satu keputusan yang perlu dibuat dalam kehidupan."