Skip to main content

Bola Sepak

Almeida cari formula terbaik berdepan UiTM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17717melakaunited.jpg
Jurulatih Melaka, Eduardo Almeida, perlu mencari formula terbaik untuk memperkemaskan kubu pertahanannya yang dilihat sebagai kelemahan utama pasukan menjelang saingan Piala Malaysia bertemu UiTM, esok.

Dua perlawanan dalam saingan Liga Super sebelum ini menyaksikan Melaka tewas kepada Kedah 4-2 dan selepas itu kepada Pulau Pinang 3-2.

Keputusan tersebut jelas menunjukkan barisan serangan Melaka sangat efektif dalam menghasilkan gol, namun dalam masa sama sangat lemah dalam aspek pertahanan sehingga menimbulkan kerisauan buat Almeida.

Tujuh gol dilepaskan dalam dua perlawanan adalah satu angka yang besar, dan Almeida akan cuba menggunakan taktikal pertahanan yang berbeza bagi mengatasi masalah itu ketika menentang UiTM dalam saingan Piala Malaysia.

"Kami telah menjaringkan gol dan juga dibolosi. Kami telah banyak menghasilkan peluang dan kini perlu mempertingkatkan mutu ketika bertahan," katanya.

Melaka kini berada di tangga kedua Kumpulan C, berkongsi tiga mata bersama Kelantan.

Hanya perbezaan jaringan memisahkan kedua-dua pasukan ini manakala Kedah unggul di tangga teratas dengan enam mata.

"Kami berada di tangga kedua dalam Piala Malaysia, kami mahu mengekalkan momentum ini untuk mara ke pusingan seterusnya."

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video