TORINO 1 JUVENTUS 1
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, menegaskan keputusan seri 1-1 dengan Torino di Stadium Allianz, awal pagi tadi, tetap merupakan satu catatan positif buat pasukannya.
Tuan rumah mendahului dalam separuh masa pertama menerusi tandukan Matthijs de Ligt tetapi Andrea Belotti menyamakan kedudukan sejurus selepas sejam permainan.
Juve kemudian bergelut untuk mencipta sebarang peluang untuk bertindak balas dan sama sekali gagal mengatur sebarang percubaan tepat dalam babak kedua.
The Old Lady kekal di tempat keempat Serie A, lapan mata di belakang pendahulu, Milan, selepas bermain lebih satu perlawanan sementara hanya tiga mata di depan Atalanta yang menghuni tangga kelima tetapi memiliki kelebihan dua perlawanan di dalam tangan.
Bercakap kepada DAZN selepas perlawanan, Allegri kelihatan berpuas hati dengan keputusan dan prestasi yang ditampilkan anak buahnya.
"Ia penting kerana kutipan mata ini menyusuli keputusan positif yang kami peroleh dalam dua hingga tiga bulan lalu," katanya.
“Ia bukan mudah, kami tidak cemerlang untuk menyaingi Torino tetapi kami beraksi dengan baik.
"Kami melepaskan satu peluang berharga pada saat terbaik kami. Dalam separuh masa pertama kami mempunyai dua atau tiga situasi yang boleh menjaringkan gol, tetapi tidak dalam separuh masa kedua.
“Kemudian kami tidak begitu teratur dalam babak kedua tetapi saya fikir ia adalah satu perjalanan yang normal, menjadi lumrah apabila anda bermain dalam saingan liga terutama apabila anda menyasarkan untuk berada dalam kelompok empat teratas, jadi keputusan seri adalah tidak boleh dielakkan.
"Saya menganggap pemain saya telah mengharungi satu perlawanan yang baik daripada segi komitmen dan ketekalan. Mereka cuba untuk menang hingga ke hujung perlawanan, jadi ia adalah satu mata yang kami akan bawa pulang dan membolehkan kami melanjutkan rentak positif."
Allegri juga kelihatan tidak khuatir dengan persembahan penyerang Serbia yang dipancing daripada Fiorentina bulan lalu, Dusan Vlahovic, yang bergelut untuk memberi impak apabila sekadar melancarkan satu percubaan tepat sepanjang perlawanan sebelum dikeluarkan pada minit ke-74.
“Dia bergelut kerana dia seorang pemain yang sangat bagus tetapi dia perlu banyak belajar,” tambahnya.
"Sebagaimana ramai pemain perlu belajar. Malam ini, dia memaksa Gleison Bremer menghambatnya di sekeliling padang.
"Vlahovic bermain seminggu sekali di Fiorentina tetapi di sini dia sudah terbabit dalam enam perlawanan."

4 - Juventus have drawn four of their last six derbies against Torino played in the second half of a Serie A season (W2). Balance.#JuveToro
— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) February 18, 2022