Skip to main content

Bola Sepak

Allegri: Sandro akan kekal bersama Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alex-sandro-060817.jpg
Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri, menamatkan spekulasi perpindahan Alex Sandro selepas mengesahkan pemain Brazil itu tidak akan meninggalkan Turin.

Pemain pertahanan kiri itu dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea untuk berada di bawah kendalian Antonio Conte.

Dia hanya beraksi 45 minit ketika tewas 2-0 di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi pra-musim dan selepas kehilangan Leonardo Bonucci dan Dani Alves yang berhijrah, Allegri tidak mampu kehilangan pemain lagi.

“Alex Sandro adalah pemain Juventus dan dia akan kekal di sini,” kata Allegri.

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan perpindahan keluar adalah pemain muda Gabon, Mario Lemina.

Southampton dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berusia 23 tahun itu dan Allegri mengakui perbincangan sedang dilakukan.

“Hanya tunggu selepas ini. Kami sedang berbincang dengan beberapa pasukan tetapi buat masa sekarang, Lemina masih milik kami.” katanya.

Advertisement

Must Watch Video