Skip to main content

Bola Sepak

Allardyce seru West Brom lantik pengurus muda berkarisma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

west-brom.jpg
WEST BROM 1 WEST HAM 3

Sam Allardyce akan meninggalkan peranannya sebagai pengurus West Brom pada akhir kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) ini, demikian pengesahan diumumkan The Baggies yang tergelincir ke Liga Kejuaraan.


Allardyce menduduki kerusi panas itu daripada Slaven Bilic sejak Disember lalu, tetapi walaupun kebangkitan yang merangkumi kemenangan 5-2 di Chelsea, masih gagal membimbing West Brom menuju ke zon selamat dan penyingkiran mereka disahkan dengan kekalahan di Arsenal, awal bulan ini.

Buat julung kalinya Allardyce gagal menyelamatkan pasukannya kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang kerjayanya bergelar pengurus dan bekas pengurus England itu mengesahkan tidak akan kekal di pucuk pimpinan pada musim depan.

Pembantu Allardyce, Sammy Lee, dan jurulatih skuad pertama, Robbie Stockdale, turut akan meninggalkan The Hawthorns.

West Brom menempa kekalahan 1-3 kepada West Ham di kandang sendiri pada awal pagi tadi dan meskipun kelab itu berhajat mengekalkan khidmat Allardyce, pengurus berusia 66 tahun itu bagaimanapun mengesahkan tidak akan kekal selepas perlawanan terakhir di Leeds United, Ahad ini. 


 

Allardyce berkata: "West Brom bermurah hati menawarkan saya untuk kekal di The Hawthorns, ia menunjukkan komitmen kelab yang bercita-cita tinggi. Selepas pertimbangan serius, saya memutuskan untuk tidak menerima tawaran itu.

"Sekiranya saya kekal dan mencapai promosi musim depan, harapan saya adalah untuk meneruskan sekurang-kurangnya musim berikutnya dan malangnya, ia bukan satu komitmen yang mampu saya hadapi di tahap karier ini.

"Saya yakin kelab ini memerlukan kestabilan dan kesinambungan. 

"Pada pendapat saya, sebaiknya peluang diberikan kepada pengurus muda dan bercita-cita tinggi yang mmapu menjulang mereka ke tempat yang seharusnya sebagai kelab bola sepak EPL yang mampan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video