BOLA SEPAK

Alisson pulang ke Liverpool, Itali hantar balik Calafiori ke Arsenal

Stadium Astro
Najmi Iman
22/03/2025
05:28 MYT
Sponsor Banner
Alisson pulang ke Liverpool, Itali hantar balik Calafiori ke Arsenal
Liverpool dan Arsenal menerima nasib malang apabila tonggak utama mereka dilanda kecederaan ketika tugasa antarabangsa bersama negara masing-masing.
Alisson Becker telah kembali ke Liverpool selepas terlibat dengan pelanggaran kepala sewaktu menyelamatkan gawang Brazil ketika meraih kemenangan berdepan Colombia dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia, semalam.
Selepas itu, Alisson, 32, terpaksa digantikan dengan pemain gantian untuk mendapatkan rawatan susulan bersama pegawai perubatan kelab.
Laporan mengatakan bahawa Alisson telah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga, sekali gus tidak akan bermain dalam perlawanan Brazil seterusnya menentang Argentina untuk kembali ke The Reds.
Sementara itu, pemain kebangsaan Itali, Riccardo Calafiori, harus keluar pada masa kecederaan ketika pasukan bimbingan Luciano Spalletti tewas 1-2 kepada Jerman selepas tergelincir ketika mahu bertukar larian.
Oleh itu, dia tidak akan hadir untuk aksi timbal balik di Dortmund, menjelang pertemuan suku akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) dengan mengesahkan dia telah kembali ke Arsenal untuk menjalani lebih banyak ujian.
Sudah tentu, ia akan merencatkan persiapan skuad Arne Slot dan Mikel Arteta bagi menghadapi baki saingan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video