Alexis Sanchez menandatangani perjanjian dua tahun untuk kembali ke Udinese selepas meninggalkan Inter sebagai ejen bebas.

Kontrak Sanchez dengan juara Serie A itu tamat pada bulan lalu dan dia memilih untuk kembali ke Udinese 13 tahun selepas meninggalkannya.

Dia pernah menyertai Bianconeri pada 2006 tetapi menghabiskan dua musim secara pinjaman di Amerika Selatan sebelum diserapkan dalam pasukan utama.

Pemain berusia 35 tahun itu membuat 112 penampilan dalam penggal pertamanya di Udinese yang menyaksikannya menyumbangkan 21 gol dan mencatatkan 20 bantuan jaringan.



Dia kemudian berkelana ke Barcelona, ​​Arsenal dan Manchester United untuk memenangi sembilan trofi termasuk LaLiga, Serie A dan Piala Dunia Kelab.

Sanchez berpeluang membuat permulaan dalam Serie A menentang Isnin depan.