Skip to main content

Bola Sepak

Alexis Mac Allister bantu Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_75786107.jpg
Midfielder Alexis Mac Allister menjaringkan gol penting yang membantu Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Jurgen Klopp ternyata pasukan yang lebih cemerlang berbanding Sheffield United namun terpaksa mengerah keringat untuk merakamkan kemenangan 3-1, jaringan penuh bergaya pemain kebangsaan Argentina itu ketika perlawanan berbaki 14 minit membenarkan The Reds mengawal permainan.

Pemenang Piala DUnia itu menjadi pemain yang berpengaruh pasukan sejak beberapa minggu lalu apabila diberikan mandat membantu jentera serangan pasukan.
 

Liverpool membuka jaringan menerusi Darwin Nunez namun jaringan sendiri Conor Bradley membenarkan Sheffield menyamakan kedudukan. 

Aksi berkelas dunia Mac Allister menjadi nadi perlawanan sebentar tadi sebelum Cody Gakpo melengkapkan kemenangan dalam masa kecederaan.
 

Advertisement

Must Watch Video