Alexander Isak "selama-lamanya berterima kasih" kepada bekas kelabnya, Newcastle United, selepas menyertai Liverpool pada hari tarikh akhir perpindahan musim panas.
Penyerang berusia 25 tahun itu menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan kontrak enam tahun.
Pertukaran Isak ke Anfield menamatkan saga yang berpanjangan selepas dia melancarkan mogok dan terlepas tiga perlawanan pembukaan dalam usaha menyertai barisan kendalian Arne Slot itu.
“Kami tidak kisah tentang Isak,” laung peminat The Magpies ketika seri tanpa jaringan di Leeds United hujung minggu lalu.
Penyerang Sweden itu meledak 54 jaringan dalam 86 penampilan di St James' Park termasuk dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) awal tahun ini untuk merangkul piala dalam tempoh 56 tahun.
"Saya ingin berterima kasih kepada bekas rakan sepasukan saya, kakitangan dan lebih-lebih lagi, bandar Newcastle dan semua penyokong yang menakjubkan untuk tiga tahun yang tidak dapat dilupakan yang kami kongsikan bersama," luahnya di Instagram.
"Bersama-sama, kami telah melakar sejarah dan membawa kelab itu ke tempat yang sebenarnya.
"Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan itu.
"Syukur selamanya. Terima kasih, Newcastle."