Skip to main content

Bola Sepak

Al-Ahli daftar Roberto Firmino hanya untuk ACLE

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

firmino.jpg
Al-Ahli tidak mendaftarkan Roberto Firmino untuk saingan domestik tetapi masih menagih khidmatnya untuk Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). 

Faktor kecederaan yang sering membelenggu pemain Brazil yang dibeli dengan tanda harga €50 juta (RM229.3j) itu mendorong Ah-Ahli tidak mengambil risiko menyenaraikannya untuk kancah Liga Pro Saudi. 

 

Kelab Liga Pro Saudi dibenarkan mengikat 10 pemain import menerusi kelibat Riyad Mahrez, Franck Kessie, Edouard Mendy, Ivan Toney serta Gabri Veiga.

Ketibaan seorang lagi tonggak Brazil, Galeno, dalam skuad kendalian Jorge Jesus itu menguatkan lagi spekulasi bahawa bekas bintang Liverpool tersebut bakal kembali ke Amerika Selatan dalam jendela perpindahan seterusnya sambil Palmeiras memantau situasinya bagi mengharungi Piala Dunia Kelab pada musim panas depan.















 

Advertisement

Must Watch Video