Al Ittihad calar maruah juara Serie A


Ogos 8, 2024 09:59 MYT
INTER 0 AL ITTIHAD 2
Moussa Diaby menjaringkan dua gol untuk membantu Al Ittihad memastikan kemenangan 2-0 ke atas Inter di Stadium U-Power awal pagi tadi.
Diaby merobek gawang lawan untuk memastikan kemenangan ke atas juara Serie A itu dan sudah mencetak tiga gol dalam empat perlawanan pertamanya sejak meninggalkan Aston Villa.
Ia kekalahan adalah yang pertama bagi Inter dalam pramusim, dengan skuad kendalian Simone Inzaghi memuktamadkan persiapan mereka untuk kempen baharu menentang Chelsea hujung minggu ini.
Setelah tenggelam pada awal permainan, Al Ittihad memanfaatkan situasi itu pada minit ke-25 apabila Diaby menyambut sempurna hantaran Houssem Aouar sebelum melepaskan rembatan yang memperdayakan Yann Sommer.

We fight for every ball ?#ForzaInter #InterAlIttihad pic.twitter.com/Gs2l4QJZ8M

— Inter ⭐⭐ (@Inter_en) August 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun Inter mencatat tujuh percubaan dalam separuh masa pertama tetapi kian ketinggalan sebaik dua minit permainan bersambung.
Hantaran longgar Alessandro Bastoni hampir dihukum Ahmed Al Ghamdi dan walaupun sempat ditepis Sommer, bola muntah itu menemui Diaby untuk disudahkan.
Milan memperkemaskan barisan hadapan mereka tetapi masih belum dapat menggugat pintu gol kawalan untuk skuad bimbingan Laurent Blanc itu bertahan untuk meraih kemenangan di Itali.
#Al Ittihad #Serie A
;