Aku tolong suarakan untuk korang semua -- Zaquan Adha
Julai 9, 2024 01:24 MYT
Selepas bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, menyatakan pendapat mengenai masalah gaji pemain bola sepak di Liga Super Malaysia, kini, bekas tonggak Malaysia, Zaquan Adha, turut melemparkan pandangan terhadap perkara tersebut.
Dalam ketika semua pasukan boleh dikatakan sedang menarik nafas lega selepas baru saja melepasi pelbagai halangan untuk mempersiapkan diri bagi mengahadapi musim Liga Super 2024/25, siapa sangka ada lagi kisah malang pemain yang tidak dibayar gaji berkumandang.
Terbaharu pemain KL City, Paolo Josue didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut sehingga kini.
Pemain berasal dari Brazil itu mendakwa bahawa, dia sendiri sebenarnya sudah tidak mengingati bilakah tarikh tepat yang terakhir dia dibayar gaji oleh KL City kerana disebabkan terlalu lama dia bermain secara percuma untuk kelab tersebut.
Bekas pemain Negeri Sembilan itu memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya berkenaan isu yang acap kali berulang bagaikan tiada jalan penyelesaian sehingga terpaksa memerah keringat bermain secara sukarela.
"Korang tak boleh bersuara, aku tolong suarakan" - Zaquan Adha.@ASTROARENA pic.twitter.com/ZtlEvJBLVR
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zaquan mendakwa bahawa pemain tidak mampu bersuara dan dia memilih untuk membantu mereka mengutarakan suara sebagai hak pemain bola sepak perofesional.
“Ini akan terjadi apabila pemain tidak berani kedepan untuk bersuara tentang isu gaji namun, sekiranya berbuat demikian, mereka akan menerima padah daripada pihak pengurusan yang tidak mahu mana-mana pemain bercakap akan masalah tersebut," luahnya.