Skip to main content

Bola Sepak

Aksi sulung Ronaldo bersama Juventus di Chievo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo akan melakukan penampilan pertama Serie A bersama Juventus di Chievo selepas jadual perlawanan liga diumumkan malam tadi. 

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu mengejutkan dunia bola sepak dengan mengumumkan perpindahannya dari Real Madrid selepas sembilan tahun penuh gemilang di ibu kota Sepanyol itu dengan mengatakan dia mahu memulakan "bab baru" dengan menyertai gergasi Itali berkenaan. 

Juventus bersetuju untuk membayar €100 juta (RM473.3j) untuk membawa Ronaldo ke Turin dengan kontrak empat tahun beserta 'bayaran tambahan' sebanyak €12j ((RM56.8j).

Bianconeri menaruh harapan bahawa Ronaldo akan memberi inspirasi kepada mereka untuk meraih gelaran Serie A kelapan berturut-turut dengan mengulangi sentuhan berbisanya di Madrid, di mana dia menjaringkan 450 gol untuk muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu. 

Juventus menewaskan Chievo dalam kedua-dua pertemuan musim lalu, menang 3-0 di Turin dan 2-0 di Verona, manakala Ronaldo teruja menerajui jentera serangan skuad bimbingan Massimiliano Allegri itu.

Gonzalo Higuain menemui sentuhan penyudah dalam lawatan terakhir Juventus di Stadio Marc'Antonio Bentegodi, begitupun kelibat Ronaldo dijangka akan mendorong perpindahan penyerang Argentina tersebut dan dia kini dikaitkan dengan beberapa tawaran. 

Sekiranya Allegri terus menggunakan pendekatan rangkaian tiga penyerang, maka Mario Mandzukic dan Douglas Costa boleh beraksi di samping Ronaldo, seterusnya meninggalkan peluang tipis buat Higuain yang mencetak 16 gol liga musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video