EINTRACHT FRANKFURT 2 BAYERN 1
Biarpun Hansi Flick tidak berpuas hati dengan keadaan padang di Eintracht Frankfurt, dia tidak akan menjadikannya sebagai alasan kekalahan 1-2 Bayern Munich tengah malam tadi.
Juara bertahan itu tumbang buat kali kedua dalam Bundesliga pada tahun ini dan keciciran mata dalam dua perlawanan berturut-turut, termasuk ketika seri 3-3 di tempat sendiri menentang pasukan bergelut, Arminia Bielefeld, awal minggu ini.
Lantas, RB Leipzig berpeluang merapati mereka dengan dua mata sekiranya menundukkan Hertha Berlin -- yang berada di atas zon penyingkiran -- di tempat lawan malam ini.
Ini adalah satu perubahan ketara buat Bayern memandangkan mereka mendahului dengan 10 mata pada awal bulan ini, sehubungan iutu Flick kecewa dengan prestasi anak buahnya terutama dalam separuh masa pertama.
Bayern ketinggalan 0-2 pada waktu rehat hasil gol pembukaan Daichi Kamada dan jaringan menakjubkan Amin Younes, namun usaha mereka untuk mencari gol penyamaan tidak kesampaian selepas Robert Lewandowski merapatkan jurang.
"Frankfurt dalam prestasi hebat tetapi mereka masih mampu meningkatkan lagi kemampuan," kata Flick kepada wartawan.
"Itu sesuatu yang tidak kami gemari. Namun, kekalahan ini bukan kerana faktor padang.
"Kami tidak beraksi dengan baik. Eintracht mempamerkan rentak yang pelbagai dalam babak pertama. Tetapi jika kami bermain seperti yang kami lakukan dalam separuh masa kedua sepanjang 90 minit, pemenangnya pasti akan berbeza.
"Kami mengalami pergolakan sejak beberapa minggu lalu. Ramai pemain yang cedera dan dijangkiti. Kami hanya manusia. Saya masih bangga dengan pasukan ini.
"Saya tidak sangka Leon Goretzka akan menunjukkan prestasi yang sangat baik sebaik dimasukkan. Dia membantu kami dan membawa tenaga positif di atas lapangan. Kami memanfaatkannya dalam babak kedua, jadi saya tidak bimbang."
Penjaga gol, Manuel Neuer, menyuarakan sentimen Flick itu selain yakin situasi pasti berbeza sekiranya Bayern dari awal lagi mempamerkan prestasi sebenar.
"Kami tidak belajar daripada perlawanan dengan Arminia Bielefeld," kata Neuer.
"Usaha kami tidak cukup untuk berdepan pasukan seperti ini.
"Kami harus berjuang dari awal lagi. Separuh masa kedua kami beraksi bagus -- sekiranya kami bermain seperti itu sejak awal permainan, kami pasti menang di sini."
Kekalahan itu menyaksikan Bayern dibolosi kali ke-31 dalam 22 perlawanan Bundesliga, rekod terburuk mereka sejak 1991-92 apabila mengakhiri saingan di kedudukan ke-10.

Full time.
— ???FC Bayern English??? (@FCBayernEN) February 20, 2021
?⚪ #SGEFCB 2-1 pic.twitter.com/Mo0HWvQIKS