Skip to main content

Bola Sepak

Aksi liga baru bermula, tapi 8 kelab Indonesia sudah didenda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indon.jpg
Demikian Liga Super Indonesia yang sudah melewati minggu kedua dengan 18 pasukan sudah beraksi dua kali menentang lawan masing-masing, terdapat beberapa insiden melibatkan beberapa kelab yang memaksa Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) menjatuhkan hukuman sebagai permulaan. 

Meninjau laman rasmi badan induk itu, Lembaga Jawatankuasa Disiplin PSSI menyenaraikan lapan kelab yang bertanding dalam liga utama Indonesia dikenakan penalti susulan melanggar peraturan yang ditetapkan. 

PSM Makassar dan Persijap Jepara didenda dengan jumlah sama ekoran mengutip terlalu banyak kad kuning dalam satu perlawanan. 

Sebagai fakta, jika sebuah kelab di Indonesia menerima terlalu banyak kad kuning, PSSI akan mengeluarkan denda sebagai peringatan untuk mencegah tingkah laku agresif berlebihan, selain mahu permainan berjalan secara adil dan bersih serta meningkatkan disiplin.

 

Sementara baki enam kelab dikenakan hukuman ekoran melanggar peraturan larangan untuk penonton pasukan pelawat hadir ke stadium.

Liga Indonesia Baru (LIB) membawa amaran daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk tidak membenarkan penyokong pelawat datang ke stadium. 

Hukuman dikenakan kepada kedua-dua pasukan dengan alasan pasukan tuan rumah gagal menghalang kemasukan penonton pelawat dan kelab yang bertandang juga dijatuhkan denda sama kerana tidak menghentikan agenda tersebut.

Madura United, Persis Solo, Persija Jakarta dan Persita Tangerang turut didenda kerana penyokong yang membaling botol minuman sehingga mengganggu permainan. 
Football Shoes

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda

Dengan kasut bola Adidas, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.


Order Sekarang

Advertisement

Must Watch Video