Perlawanan Bundesliga di antara Kaiserslautern dan Darmstadt awal pagi tadi terpaksa ditunda atas faktor rawatan kecemasan yang melibatkan jurulatih Kaiserslautern, Jeff Strasser.
Ketua jurulatih pasukan itu tidak muncul untuk babak kedua dan penundaan perlawanan itu disahkan ketika keputusan terikat 0-0.
Darmstadt berkata pasukan perubatan yang terlibat mengambil masa yang lama dalam rawatan kecemasan itu sebelum Kaiserslautern mendedahkan bahawa jurulatih mereka terpaksa dikejarkan ke hospital.
"Peminat FCK, seperti yang mungkin anda saksikan, permainan di Darmstadt dibatalkan," kata satu kenyataan Kaiserslautern.
"Alasan di sebalik tindakan itu adalah rawatan kecemasan. Jurulatih kami, Jeff Strasser, dalam perjalanan ke hospital."
Laporan di Jerman mendedahkan bekas pemain antarabangsa Luxembourg, Strasser, 43, mengalami serangan jantung.
Dalam mesej sokongan kepada Strasser, Darmstadt memuat naik status di Twitter: "Kita semua menggemari bola sepak, ada banyak perkara yang lebih penting dalam kehidupan."