Aksi hambar kini penyakit serius skuad bola sepak kebangsaan Yaman

King Hisyam
November 17, 2024 12:29 MYT
Beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa berlangsung sehari dua ini menyaksikan beberapa keputusan menarik untuk diperkatakan membabitkan beberapa pasukan samada ternama atau tidak.
Walaupun sekadar perlawanan untuk menguji dan mengukur tahap kekuatan terkini pasukan kebangsaan masing-masing, namun tentuntya ia juga mengundang penilaian penyokong setia mereka sebelum meletakan sebarang harapan nanti.
Namun dalam aksi yang berlangsung semalam, pasukan kebangsaan Yaman antara menerima kejutan ketika kunjungan mereka ke Doha, Qatar dengan pengakhiran dengan kekalahan.
Pasukan Yaman yang pastinya memiliki reputasi yang jauh lebih baik berbanding Sri Lanka menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut.
Namun berdepan dengan pasukan yang menduduki ranking dunia ke-203 FIFA, ternyata aksi permainan yang dipamerkan oleh anak-anak buah kendalian Noureddine Ould Ali amat hambar seperti aksi mereka dalam beberapa siri perlawanan sebelumnya.
Terikat tanpa jaringan di babak pertama, kedua-dua pasukan sebaliknya tampil dengan beberapa perubahan yang menyaksikan aksi berbalas serangan sedikit sebanyak mula dijelmakan.
Namun Sri Lanka nyata lebih gah untuk memecah kebuntuan dalam perlawanan tersebut apabila tandukan pemain pertahananya, Jack Hingert akhirnya berjaya menggegar jaring Yaman pada minit ke-88.
Anggapan bahawa Yaman pasti akan mampu untuk mengatasi kedudukan itu ataupun sekurang-kurangnya menyamakan menjadi atu sama sebelum wisel penamat ditiupkan nyata adalah palsu semata apabila kedudukan 1-0 itu kekal hingga aksi mereka berakhir.
;