Skip to main content

Bola Sepak

Aksi Arnautovic penuh bertenaga -- Pellegrini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

markoarnautovic-cropped_1219f4yz0jbwd1wn0qjpf2bh3f.jpg
Pengendali West Ham United, Manuel Pellegrini, berkata Marko Arnautovic adalah pemain berbeza selepas bintang Austria itu menyinar dengan menyumbat dua gol ketika mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Brighton and Hove Albion.

Dua gol dalam babak kedua oleh Dale Stephens dan Shane Duffy memberikan The Seagulls pendahuluan di Stadium London, awal pagi tadi, tetapi selepas Pellegrini memasukkan Michail Antonio dan Mark Noble, The Hammers menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan pantas.

Dua gol daripada Arnautovic kembali meletakkannya dalam senarai penjaring buat kali pertama sejak 3 November lalu tatkala dia kembali susulan kecederaan paha yang dialami sehingga terpaksa diketepikan bulan lalu.

Dan Pellegrini memuji kesan yang diberikan kepada West Ham untuk bangkit daripada kekalahan 2-0 di Burnley.

"Dia adalah pemain berbeza," kata Pellegrini mengenai Arnautovic.

"Dia kembali daripada kecederaan, jadi dia penuh bertenaga.

"Kami tahu Brighton menjaringkan gol kebanyakannya daripada situasi bola mati, terutama sepakan sudut. Jadi, apabila melihat mereka melakukannya, ia agak mengecewakan.

"Namun, mujur kami tidak berputus asa. Kami terus berlawan, membawa masuk dua pemain gantian dan menjalankan tugas dengan baik. Saya tidak ingat berapa jumlah peluang yang diraih lawan selain daripada dua gol yang dilakukan.

"Kini, saya berharap kami mampu tampil cemerlang dalam aksi Piala FA menentang Birmingham City, Sabtu ini."

Sementara itu, pengurus Brighton, Chris Hughton, tampak lebih lega dengan keputusan seri itu dan memuji anak buahnya walaupun selepas Arnautovic menyamakan kedudukan.

The Seagulls kini menduduki tangga ke-13 liga, dibezakan 10 mata dengan zon penyingkiran selepas melalui tiga perlawanan tanpa kalah.

"Apabila anda mendahului 2-0 dalam mana-mana perlawanan, sukar untuk diterima bahawa lawan menyamakan kedudukan. Ketika itu, momentum perlawanan dikuasai lawan tetapi pemain bijak mengekalkan rentak terbaik. Saya lega dengan gol yang diraih.

"Kami bertahan dengan bagus, terutama dalam babak pertama, tetapi ada beberapa kali kami melakukan kesilapan sehingga lawan meraih peluang.

"Berapa jumlah mata yang diraih, ia tetap berharga tetapi hari ini, ia bukan disebabkan kami mendahului 2-0."

Advertisement

Must Watch Video