Akmal Rizal Ahmad Rakhli menegaskan bahawa dia sudah bersedia menyahut cabaran mengembalikan prestasi Penang FC sebagai pasukan yang mampu memberikan saingan dalam kempen Liga Malaysia 2024/25.
Pengendali berusia 42 tahun itu, yang diumumkan sebagai ketua jurulatih baru Harimau Kumbang semalam, percaya tiada istilah mustahil dalam bola sepak, terutama dengan sokongan dan kepercayaan semua pihak, termasuk penyokong pasukan Pulau Mutiara itu.
Akmal Rizal turut mengesahkan bahawa persiapan pramusim pasukannya akan bermula pada pertengahan bulan depan dan dia kini dalam fasa akhir pemilihan pemain yang akan membarisi Penang musim ini.
Sebagai rekod, Akmal Rizal dilantik sebagai jurulatih interim Penang pada November lalu dan mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan tewas sekali dalam tiga perlawanan dikendalikannya.
"Ini adalah satu peluang yang perlu saya buktikan kepada semua bahawa saya boleh menjadi seorang jurulatih yang baik dan boleh membawa Penang FC menjadi pasukan yang boleh bersaing dengan kelompok pasukan terbaik dalam Liga Super," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Saya sudah mengenal pasti pemain yang akan dikekalkan, pemain yang akan dibawa masuk dan beberapa pemain muda daripada skuad B-23 Penang FC musim lalu yang akan dinaikkan pangkat ke Liga Super.
"Dalam masa terdekat ini, kami akan mengeluarkan tawaran dan saya yakin mereka akan bersama kami musim depan.
"Bagi pemain import pula, saya sedang mencari pemain terbaik kerana saya mahu membawa masuk pemain yang lebih baik daripada pemain tempatan. Ia akan mengambil masa tetapi saya akan pastikan mereka akan menjadi tulang belakang dan memberikan impak yang positif buat pasukan Penang," katanya.