Pertahanan UKM FC, Mohd Akmal Zahir, sedia membantu bahagian serangan pasukannya andai ia diperlukan dalam perlawanan Liga Perdana menentang PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, esok.
Akmal antara penjaring yang membantu pasukannya meraih kemenangan 4-0 ke atas Sarawak minggu lalu.
Sudah pasti keutamaannya adalah di bahagian pertahanan bagi memastikan benteng pasukannya tidak dibolosi, namun dia bersedia untuk meledak jaringan andai peluang terhidang di depan mata.
"Kalau boleh, saya sememangnya mahu menjaringkan gol
"Jika terdapat peluang, saya pasti akan menjaringkannya," katanya.
Bekas pemain Kedah yang sudah bersama UKM FC sejak musim lalu itu mengidamkan untuk terus beraksi dalam kesebelasan utama selepas kerap dilanda kecederaan sebelum ini.
"Setiap pemain ada prestasi turun naik.
"Ditambah dengan masalah kecederaan, ia pasti akan mengganggu rentak persembahan saya.
"Selepas pulih, ia memerlukan masa untuk saya kembali ke prestasi asal," tambahnya.