Skip to main content

Bola Sepak

Akibat gangguan seksual terhadap kanak-kanak, CEO Batu ditamatkan kontrak selaku Duta Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

batu.jpg
Pempengaruh TikTok terkenal, Mohd Iqbal atau dikenali sebagai CEO Batu, direman pihak polis atas dakwaan melakukan gangguan seksual kepada kanak-kanak bawah umur.

Menurut laporan media tempatan yang tular hari ini, duta penyokong kelab Kedah Darul Aman itu telah mengirim hantaran yang tidak bermoral kepada kenalan yang merupakan seorang kanak-kanak bawah umur dengan berbaur lucah.

Lantas, Kedah dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa CEO Batu ditamatkan kontrak selaku Duta serta merta. 




Pengurusan membuat keputusan tersebut atas dasar tidak berkrompomi dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk itu. 

Advertisement

Must Watch Video