Skip to main content

Bola Sepak

Akhyar ‘try’ Eyka Farhana di Instagram, adik Eyka jadi ‘wingwoman’

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhyar-nikah-eyka-farhana.jpg
Orang kata, kalau dah jodoh takkan ke mana. 

Sama lah seperti pasangan merpati sejoli, Akhyar Rashid dan Eyka Farhana, yang selamat diijabkabulkan hari ini. 

Kisah percintaan di antara pemain bola sepak dan artis terkenal ini kebiasaannya memang jadi heboh dan mengundang perhatian netizen di luar sana tapi yang menariknya yang ingin dikongsikan adalah bagaimana bermulanya bibit percintaan antara mereka berdua. 

Pada yang masih tidak mengetahui, antara Akhyar dan Eyka, siapa yang ‘try’ siapa dulu, mestilah Akhyar yang made the first move! 

Semuanya bermula melalui laman social Instagram, apabila pemain bola sepak Terengganu ini slide into her DM. 

Menurut kisah yang dikongsikan Eyka Farhana ketika menjadi tetamu podcast Studio Sembang, pada awalnya dia tidak mengenali Akhyar dan terkejut apabila mendapat mesej darinya. 


 
@studiosembang hah semua orang kena ada wing man/woman jugak untuk racun diri masing² nampaknya ni ? dah tengok ke belum episode @Eykafarhana ? boleh layan kat @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts tau! #jomsembang #studiosembang ♬ original sound - Studio Sembang



“Dia DM I dekat Instagram, lepastu I macam….siapa DM I dekat Instagram ni. Lepastu my sister, Dyba cakap: “eh aku kenal dia, aku kenal dia, Eyka kau try je”, perkongsian Eyka Farhana bersama Amelia Henderson. 

Tambahnya lagi, dia sebenarnya tidak berminat dengan pemain bola sepak tetapi disebabkan adiknya, Dyba, memberi sokongan, dia pun membuat keputusan untuk mencuba mengenali hati budi Akhyar dan disebabkan ‘wing woman’ ini jugalah mereka akhirnya menjalinkan hubungan selama 6 tahun sebelum selamat mendirikan rumah tangga. 

Jadi kesimpulannya di sini, jika anda ada keinginan untuk mengenali seseorang, boleh lah ikut jejak Akhyar Rashid. Manalah tahu kisah percintaan anda pun boleh berakhir di jinjang pelamin, selamat mencuba! 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video