Skip to main content

Bola Sepak

Akhyar Rashid intai kembali dalam skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhyar-rashid.jpg
Cinta Akhyar Rashid bersama Harimau Malaya tidak pernah luntur dan bintang Terengganu itu mahu memastikan prestasinya kekal konsisten untuk kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.

Akhyar mencetuskan sensasi apabila meledakkan dua gol ketika membantu skuad Peteh itu menewaskan Imigresen 3-0 dalam aksi pusingan 16 Piala FA pada Sabtu lalu. 

Ia merupakan dua gol pertamanya musim ini dan lebih menarik, ketajaman penyudah dijelmakan bekas tonggak Johor Darul Ta'zim  (JDT) itu ketika namanya dua kali tersisih daripada panggilan skuad negara sebelum ini. 

Aksi yang diperagakan Akhyar tampak sudah cukup untuk membuktikan dirinya juga layak mendapat panggilan negara menjelang aksi pusingan kelayakan Piala Asia bulan depan.

Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain sayap itu bertekad untuk mengekalkan sentuhan jaringannya apabila turun beraksi menentang Melaka dalam aksi Liga Super di laman sendiri malam esok.

"Bagi saya, ia satu permulaan untuk saya kembali ke prestasi terbaik. 

"Ia masih belum 100 peratus tetapi saya akan berusaha keras dalam setiap perlawanan dan latihan untuk memberikan yang terbaik.

"Melaka pasukan baru, jadi tidak mustahil mereka boleh melakar kejutan, jadi kami tidak boleh terlebih yakin," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video