Manjakan? Siapa masih ingat majlis resepsi termasuk majlis akad nikah, persandingan dan bertandang di beberapa lokasi berbeza dengan jemputan keluarga dan rakan terdekat yang tular di platform media sosial melibatkan pemain sensasi bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid dan si cantik dari dunia hiburan, Eyka Farhana.
Eyka, yang sinonim dengan watak-watak penting drama tempatan kini memegang satu lagi watak utama dalam kehidupan iaitu -- sebagai isteri kepada pemain tengah pasukan Terengganu dalam saingan Liga Super itu. Sebelum ini juga kita boleh saksikan betapa ramai peminat pasangan sejoli ini mengagumi keserasian mereka bersama, lebih-lebih lagi saling menyokong kerjaya masing-masing sehingga kini.
Lebih menarik, Eyka bukan sahaja sekadar pandai bergaya di depan kamera, malah dia juga gemar memasak!
Menerusi posting yang dimuat naik pada laman nedia sosial, memasak adalah antara aktiviti kegemarannya ketika ada masa terluang, bukan setakat itu, pelakon berusia 30 tahun ini juga suka berkongsi cara memasak dan resepinya kepada jutaan pengikut di platfom Instagram dan Tiktok!
Bukan tu je, posting lain turut menunjukkan bahawa melancong juga menjadi aktiviti kegemaran merpati dua sejoli ini. Fesyen dan mengembara, daripada 'OOTD' serasi ke destinasi menarik dalam dan luar negara gaya mereka sentiasa on point, menjadi inspirasi kepada ramai lagi pasangan lain di Malaysia.
Tahniah buat Akhyar dan Eyka dan semoga ada yang mewarisi gen bola dan glamor mereka pada masa akan datang.