Akhyar Rashid bakal bersama Negeri Sembilan?
King Hisyam
Disember 11, 2024 14:10 MYT
Disember 11, 2024 14:10 MYT
Pemain Terengganu yang berstatus pinjaman, Akhyar Rashid, dikhabarkan mungkin akan meninggalkan Skuad Penyu sedikit masa lagi.
Ia berikutan dengan perkongsian terbaharunya yang memakai jersi pasukan Negeri Sembilan di Instastory miliknya pada Selasa.
Akhyar setakat ini sebenarnya sudah merekodkan 21 penampilan secara keseluruhan sejak menyertai pasukan pantai timur itu dengan dua daripadanya adalah penampilan di Piala Shopee.
Daripada jumlah tersebut pemain itu juga telah meledakan sebanyak lima jaringan sepanjang dia bersama pasukan Terengganu.
Bagaimanapun photo yang dimuat naik oleh pemain berusia 25 tahun itu tidak pula disertai dengan sebarang kenyataan untuk mengesahkan bahawa dia akan menyertai Skuad Hoben atau sebaliknya.