Bekas pengendali England, Fabio Capello, menganggap skuad The Three Lions itu akhirnya memiliki seorang penjaga gol yang mampu menyelamatkan gawang daripada dibolosi selepas Jordan Pickford menampilkan aksi cemerlang dalam Piala Dunia 2018.
Pickford memulakan penampilan pertamanya bersama England pada November 2017, hanya tujuh bulan sebelum saingan di Russia bermula tetapi dia menampilkan aksi cemerlang di pentas Piala Dunia dengan menafikan sepakan penalti daripada pemain Colombia ketika pusingan kedua.
Penjaga gol Everton itu meneruskan persembahan memukau sewaktu England menundukkan Sweden 2-0 di peringkat suku akhir, sekali gus meraih perlawanan pertama tanpa dibolosi dalam kejohanan sehingga membuatkan Capello memuji kedudukan serta reaksi pemain berusia 24 tahun itu di atas padang.
Capello, yang mengutip 28 kemenangan dan enam kekalahan sepanjang tempoh mengurus England dari 2008 sehingga 2012, memberitahu Gazzetta dello Sport bahawa pasukan bimbingan Gareth Southgate itu mempunyai beberapa pemain yang pantas di samping seorang pengurus yang hebat.
"Southgate sedar bahawa mempertaruhkan dua bek tengah akan membuatkan mereka pulang awal, jadi dia meletakkan tiga pemain di bahagian itu dan dia juga telah menemui penjaga gol yang mampu menyelamatkan percubaan lawan," katanya.
"Dia memiliki barisan pemain yang berbakat tetapi nalurinya menetapkan untuk menggunakan Harry Maguire sebagai tonggak utama pertahanan, Pickford dipilih dan Southgate telah mengawal tahap tekanan.
"Pickford memberikan reaksi yang positif," ujarnya lagi.
England akan berentap dengan Croatia dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Luzhniki, awal pagi esok.