Manchester United padam hasrat Aston Villa beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL) dalam kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris terakhir 2-0 Old Trafford malam tadi.
Amad Diallo dan Christian Eriksen menemui sasara di Old Trafford, di mana Martinez dilayang kad merah apabila menjatuhkan Rasmus Hojlund pada separuh masa pertama.
United mendahului apabila Diallo menanduk masuk hantaran silang Bruno Fernandes pada minit ke-76.
Eriksen, yang bermain dalam aksi terakhir bersama United, menambah gol kedua menerusi sepakan penalti ketika finalis Liga Europa itu menamatkan saingan domestik dengan kemenangan dan kini di tangga ke-15.
Villa pula terpaksa menamatkan saingan di tempat keenam dan beraksi di pentas UEL selepas kekalahan itu, terlepas kedudukan kelima yang dihuni Newcastle United.

Rounding off our #PL campaign with a win ?#MUFC || #MUNAVL
— Manchester United (@ManUtd) May 25, 2025