BOLA SEPAK

AJFC: JBFA pertahan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut

Stadium Astro
Penulis Jemputan
06/04/2019
13:15 MYT
Sponsor Banner
AJFC: JBFA pertahan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut
Pasukan JBFA muncul juara Kem Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) Zon Selatan buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan CIMB-Melaka Junior 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Hang Tuah Melaka, hari ini.
JDFA turun dalam perlawanan akhir dengan misi membalas dendam selepas tewas di peringkat kumpulan.
JBFA memecah kebuntuan dengan gol pertama menerusi pemain tengah, Muhd Aiman Zulraime, pada minit 23.
Memasuki babak kedua, CIMB Melaka Junior meningkatkan serangan, namun gagal mencari jaringan penyamaan.
Kesilapan penjaga gol CIMB-Melaka Junior yang gagal menangkap kemas bola sepakan percuma Ariq Daniel pada minit-minit akhir perlawanan memberikan gol kedua buat JBFA.
"Saya bangga dan gembira. Saya juga ingin berterima kasih kepada pemain kerana mengikut arahan jurulatih.
"Saya berpesan kepada pemain agar turun dengan keyakinan dan ikut percaturan," ujar jurulatih JBFA, Zainuddin Osman.
Dalam masa sama, jurulatih CIMB-Melaka Junior, Eddy Ong Kim Siang, berlapang dada dengan keputusan yang tidak memihak pasukannya.
"Pemain saya telah berikan yang terbaik.
"Kami terima keputusan ini dan JBFA memang berhak untuk menang.
"Apapun, saya harus memuji barisan pemain saya kerana telah mencuba sehabis baik untuk mencapai kemenangan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video