Skip to main content

Bola Sepak

Ajax lantik Heitinga sehingga penghujung musim selepas pecat Schreuder

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

heitinga.jpg
Ajax melantik John Heitinga sebagai ketua jurulatih pasukan utama mereka sehingga penghujung musim ini.

Pasukan gergasi Amsterdam itu memecat Alfred Schreuder minggu lalu berikutan rentetan tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan Eredivisie -- rekod terburuk mereka dalam sejarah liga itu.

Schreuder dilantik pada awal musim ini bagi menggantikan Erik ten Hag selepas bekas pengurus itu memilih untuk ke Manchester United.

Penurunan prestasi mereka juga menyaksikan Ajax tergelincir ke tangga kelima liga sebelum bangkit menewaskan Excelsior 4-1 hujung minggu lalu.

Heitinga -- yang turut mengemudi pasukan B-23 Ajax -- telah menguruskan pasukan itu ketika bertandang ke Rotterdam dalam perlawanan terakhir mereka dan kini akan mengemudi pasukan senior sehingga penghujung musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video