BOLA SEPAK (P)
Ajar saya lebih berdikari -- Penjaga gol utama negara kongsi momen beraya di Albania
Penjaga gol utama skuad bola sepak wanita negara, Nurul Azurin Mazlan, berkongsi pengembaraannya berkelana di Eropah sebagai atlet profesional berpengalaman yang sentiasa mengharumkan nama negara.
Selepas membantu Sabah meraih gelaran naib juara dalam kancah Liga Wanita Nasional (LWN), Azurin melengkapkan perpindahan ke FKK Vllaznia bagi melebarkan karier di pentas antarabangsa.
Baru-baru ini, pemain berusia 25 tahun itu berjaya menyelamatkan sepakan penalti selain kerap dipilih disenaraikan dalam kesebelasan utama dan sedang mengumpul pengalaman berharga di Albania.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas sebulan menjalani ibadah puasa di Albania, Azurin menyambut perayaan Aidilfitri. Ia pastinya momen yang penuh emosi kerana ini bukan kali pertama dia meraikan Syawal jauh daripada keluarga.
"Tahun ini saya akan sambut Hari Raya di sini, jauh daripada keluarga.
"Memang rindu suasana pagi rata, solat sunat Aidilfitri di masjid dan berkumpul bersama keluarga.
"Tapi saya bersyukur kerana pengalaman ini mengajar saya untuk lebih berdikari dan menghargai setiap momen yang ada," katanya menerusi Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).
Sudah pasti, khidmat Azurin ditagih Soleen Al-Zoubi membawa misi Malayan Tigress dalam Kelayakan Piala Asia Wanita 2026, Jun depan.