Sejarah tercipta apabila Indonesia berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam Piala Dunia bawah 17 tahun (B-17) di Qatar, awal pagi tadi.
Selepas mengharungi dua perlawanan, Garuda Muda itu akhirnya membuahkan keputusan positif meskipun tersungkur awal. Evandra Florasta serta Alberto Fadly memastikan Indonesia tidak pulang dengan gagal, sebaliknya tiga mata pertama itu wajar diberi pujian.
Ratusan peminat yang hadir menjadi saksi kejayaan Indonesia menewaskan wakil rantau Amerika, Honduras, 2-1
Ia, sekali gus menyaksikan Indonesia menghuni kedudukan ketiga berbanding tempat tercorot.
Namun, apa yang pasti ialah mereka tetap tersingkir, dan perjalanan terhenti di peringkat Kumpulan H apabila merekodkan dua kekalahan kepada dua pasukan handalan dunia.
Skuad kendalian Nova Arianto itu membuka tirai aksi dengan tunduk kepada Zambia 1-3, sebelum tewas 0-4 terhadap Brazil.
Satu video di laman rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup memuat naik detik istimewa ubi muda negara itu yang akan pulang tanpa penyesalan. Sebuah prospek masa hadapan terbaik buat bola sepak Indonesia.
Grab Cepat

???#U17WC pic.twitter.com/QVhkzlVRX3
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 10, 2025

Indonesia's first #U17WC win ??? pic.twitter.com/dJXlTPVuUs
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 10, 2025
PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat