Alhamdulillah. Rezeki melimpah ruah kurniaan Tuhan buat bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Nazri Ahmad, yang menerima permintaan tinggi atas ternakan lembu sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Seperti tahun lalu, Nazri mendapat tempahan yang banyak menerusi perniagaannya sebagai pengedar lembu dan kambing berkualiti, segar dan sihat.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, bekas tonggak Kuala Lumpur itu memaparkan proses penghantaran lembu yang menyaksikan beberapa ekor dibeli oleh pelanggannya.
Korban ialah ibadat sunat yang dilakukan dengan menyembelih binatang berkaki empat seperti lembu dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, sekali gus memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya, Ismail.
Sebelum ini, ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Nazri Ahmad memiliki kandang lembu yang sangat besar dan menawarkan spesis yang berbeza, termasuk menjaga kesihatan haiwan ternakannya.
Dan, sehingga kini, pengusahaan yang dilakukan Nazri memberikan pulangan berbaloi, sambil meletakkan kualiti terbaik perkara utama untuk menjual kepada pelanggan.
Dalam masa sama, Nazri turut terpanggil untuk memperbetulkan sentimen perniagaan lembu supaya pembeli atau pelanggan tidak tertipu dengan lembu yang dijual.
Katanya lagi, dia pernah merasai pengalaman menghadapi situasi bersama pembekal tidak bertanggungjawab.
Lantas, syarikat miliknya tidak mahu perkara sedemikian berlaku dan mahu menjadi perniagaan yang sangat jujur dan prihatin.