Skip to main content

Bola Sepak

Aidil Zafuan-Zaquan Adha kembali bersatu ?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

capture.png
Kapten Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Radzak, tidak menafikan impian sebelum bersara daripada bola sepak profesional adalah bergandingan dengan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan.

Dalam temu bual bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, Zaquan berkongsi rasa dan luahannya tentang situasi ini.

“Ya! Memang menjadi impian sayalah tapi hala tuju Aidil dan hala tuju saya buat masa sekarang ini, mungkin dia ada hala tuju dia dan pilihan dia.

"Saya pun hala tuju dan pilihan saya agak berbeza tapi memang kalau kata memang kalau kita orang daripada mulanya bermain bola kita orang bersama.

"Kalau boleh nak akhiri itu memang kalau boleh nak bersamalah tapi kalau tidak ada rezeki saya rasa dia ada pilihan dia sendiri dan saya ada pilihan saya sendiri. 

"Semoga berhaya untuk Aidil, dan saya salute dia antara pemain yang banyak terima piala."

Difahamkan dalam siaran Nadi Weekend, Aidil tidak kekal bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan sekaligus membolehkan mereka bergandingan semula dengan Negeri Sembilan tampak jadi destinasi terbaik buat dua bekas pemain negara itu.

Jika diimbau kembali perjalanan duo ini, mereka memulakan karier bersama Negeri Sembilan bermula 2005, diikuti Angkatan Tentera Malaysia dan JDT sebelum berpisah pada musim 2017 dengan Zaquan menyertai Perak, manakala Aidil kekal di JDT.

Dan jika ia menjadi kenyataan, Zaquan dan Aidil bakal mencipta satu sejarah unik di mana muncul sebagai pasangan kembar yang memulakan dan mengakhiri karier bersama dengan pasukan yang sama.

Tambahan pula, Zaquan memaklumkan: "Buat masa sekaran ini, masih lagi tunggu NSFC untuk memberi keputusan sama ada mahu teruskan khidmat saya sebagai pemain senior ataupun sebaliknya,"

"Untuk masa sekarang, baru sahaja habis liga dan saya tunggulah, tengok keputusan macam mana dan ada plan A dan plan B, yang saya buatlah."


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video