LIGA SUPER MSIA
Ahmad Shahrul yakin sentuhan Durakovic
Pengurus The Bos Gaurus yang baru dilantik, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, melaungkan keyakinan ke atas pasukan Perak di bawah kendalian Mehmet Durakovic dalam aksi sulung Piala Malaysia bertemu PKNS FC di Ipoh, malam ini.
Menurut Ahmad Shahrul, berdasarkan prestasi semasa skuad Perak mempunyai beberapa elemen untuk terus berdaya saing dalam Liga Super.
"Perak ada material, hanya perlu tambah baik sahaja. Selepas kembali ke padang, saya lihat ada perubahan positif dalam pasukan.
"Pemain pula mempamerkan kesungguhan agar dapat bermain dalam kesebelasan utama.
"Ini sesuatu yang sihat. Masing-masing faham tanggungjawab dan peranan yang diberi oleh jurulatih.
"Oleh itu, saya pasti keputusan positif boleh dicapai malam ini", ujarnya.
Bekas ketua pasukan bolasepak Perak itu pernah menyandang jawatan penolong pengurus 2013 dan pada tahun ini, bertugas sebagai penolong jurulatih Felda United FC sebelum kembali ke Perak sebagai setiausaha kehormat dan pengurus pasukan The Bos Gaurus.