Tonggak Harimau Malaya, Dion Cools, memuji sikap profesional barisan pemain negara dalam menangani pendedahan tergempar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan kes tujuh pemain warisan, pada hari sama mereka menentang Nepal dalam pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam.
Di sebalik tekanan memuncak yang dihadapi, skuad negara masih mampu mencatatkan kemenangan 1-0, sekali gus mengekalkan kemenangan bersih sepanjang lima perlawanan dalam kempen berkenaan.
Cools, ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas perlawanan itu berkata agak bodoh sekiranya pasukan kebangsaan membenarkan gangguan itu masuk ke padang dan mengakui faktor tanggungjawab terhadap negara mendorong mereka untuk kekal fokus sepanjang perlawanan.
"Saya fikir secara umumnya, kami tidak boleh berbuat apa mengenainya, ia tentang apa yang boleh dikawal.
"Jadi kami hanya fokus kepada permainan dan agak bodoh sebenarnya jika kami biarkan ia (isu luar padang) mengganggu permainan pada ketika kami sudah melakukan persiapan selama 10 hari.
"Saya rasa kami semua profesional apabila berada di atas padang dan amat penting untuk kekal bersatu, dan saya fikir kami sudah melakukannya," katanya.