Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Mali, Gambia lolos Kumpulan F

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mali.jpg
Mali menguasai tangga teratas Kumpulan F, Piala Negara-Negara Afrika selepas kemenangan 2-0 ke atas Mauritania dalam perlawanan terakhir. 

The Eagles perlu mengatasi kemenangan tipis 1-0 Gambia yang menewaskan Tunisia untuk mengungguli puncak kumpulan. 

Mali selangkah untuk menyempurnakan misi itu dengan gol seawal minit kedua Massadio Haidara yang merupakan jaringan paling pantas kejohanan setakat ini.

Bek kiri Lens tersebut mencetak gol antarabangsa pertamanya itu apabila menyambut satu hantaran silang dari sayap kanan. 

Mauritania tidak pernah kelihatan seperti mampu untuk bertindak balas tetapi sempat dihadiahkan sepakan penalti pada awal separuh masa kedua, namun Ibrahima Kone memilih untuk menendang liar.  

   

Advertisement

Must Watch Video