Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Dua gol penalti Aboubakar pastikan kemenangan pertama tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vincent-aboubakar.jpg
CAMEROON 2 BURKINA FASO 1

Vincent Aboubakar menjaringkan dua gol sepakan penalti untuk pasukan tuan rumah, Cameroon, bangkit daripada ketinggalan dan menewaskan Burkina Faso 2-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2021 awal pagi tadi.

Selepas dua kali ditunda berikutan masalah cuaca dan COVID-19, kejohanan serantau itu akhirnya membuka tirai di Stadium Olembe di Yaounde.

Burkina Faso membuka jaringan dalam perlawanan pertama Kumpulan A --  yang turut mempertemukan Ethiopia dan Cape Verde dalam satu lagi perlawanan -- hasil jaringan voli Gustavo Sangare pada minit ke-24.

Bertrand Traore melakukan tandukan yang dikeluarkan di garisan gol pada permulaan jaringan itu terhasil tetapi dia kemudian memberikan penalti buat lawan selepas menjatuhkan Andre-Frank Zambo di depan gawang bertentangan.

Aboubakar menyudahkan sepakan itu selepas rujukan video bantuan pengadil (VAR) pada minit ke-40 dan kapten Cameroon itu sekali lagi menyudahkan tugas sama berselang lapan minit, kali ini susulan insiden terjahan Issoufou Dayo ke atas Nouhou Tolo.

VAR kemudian menafikan niat Aboubakar untuk mencipta hatrik dalam babak kedua apabila dia dikesan berada di kedudukan ofsaid tetapi dua jaringan sebelumnya sudah cukup untuk Cameroon memulakan kempen di gelanggang sendiri dengan langkah kanan.
 

Advertisement

Must Watch Video