BURKINA FASO 1 TUNISIA 0
Dango Ouattara mencetak nama selaku penjaring tunggal perlawanan sebelum dibuang padang ketika memastikan Burkina Faso mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan menyingkirkan Tunisia, awal pagi tadi.
Walaupun penyerang Lorient itu sudah pasti terlepas perlawanan berikutnya gara-gara kad merah kerana kekasaran di udara, gol antarabangsa pertama Ouattara tersebut menjadi azimat buat barisan kendalian Kamou Malo berkenaan untuk menentang sama ada Senegal atau Equatorial Guinea di peringkat separuh akhir, Khamis depan.
Wahbi Khazri hampir memecah kebuntuan perlawanan menerusi sepakan percuma ketika Tunisia selaku pasukan pilihan mendominasi separuh masa pertama, namun Burkina Faso lebih cekap menghidu peluang di depan gol.
Ouattara menyambar hantaran Ibrahim Toure sebelum mengatasi kawalan dua pemain pertahanan Tunisia, lalu melepaskan rembatan kaki kiri untuk melepasi jangkauan Bechir Ben Said, tiga minit sebelum memasuki kecederaan babak pertama.
Tunisia menyangka mereka hampir dapat menyelamatkan kedudukan itu pada lewat permainan apabila pengadil, Joshua Bondo, terpaksa memeriksa video bantuan pengadil (VAR) berikutan kekasaran Soumaila Ouattara ke atas Khazri di dalam kotak penalti, tetapi pengadil itu tetap dengan pendirian awalnya.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, VAR membawa padah kepada Ouattara apabila dia dikesan menyiku muka Ali Maaloul sewaktu bersaing di udara ketika permainan berbaki lapan minit masa sebenar.
Walaupun kekurangan seorang pemain, Burkina Faso terus kental bertahan untuk menyambung perjuangan mereka.

FULL-TIME! ⏰ #TeamBurkinaFaso 1-0 #TeamTunisia
— #TotalEnergiesAFCON2021 ? (@CAF_Online) January 29, 2022
Dango Ouattara’s moment of brilliance sends the Stallions to the Final 4️⃣ ✅#TotalEnergiesAFCON2021 | #AFCON2021 | #BFATUN pic.twitter.com/2ehVVqiaFW