Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Burkina Faso ke kalah mati dalam aksi kurang meyakinkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

burkina-faso.jpg
BURKINA FASO 1 ETHIOPIA 1 

Burkina Faso menempah tiket ke pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sungguhpun sekadar terikat 1-1 dengan Ethiopia dalam perlawanan akhir Kumpulan A.


Finalis 2013 itu pada awalnya tidak kelihatan seperti akan melangkah jauh tetapi kegagalan Ethiopia untuk memungut tiga mata telah membuka laluan mereka.

Percubaan melencong penyerang Ethiopia, Getaneh Kebede, ditepis ke sudut kiri oleh Sofiane Ouedraogo pada minit ke-10.

Mereka memiliki empat percubaan tepat dalam separuh masa pertama, Burkina Faso sebaliknya hanya memerlukan satu peluang jaringan sahaja untuk meranapkan harapan lawan apabila penyudah Cyrille Bayala --  yang menerima hantaran menarik daripada Adama Guira pada minit ke-24 -- berhasil melepasi Teklemariam Shanko.

Kebede sekali lagi dinafikan oleh Ouedraogo dan kali ini dari jarak dekat sebelum dia akhirnya menjaringkan sepakan penalti, tujuh minit memasuki babak kedua. 

Tetapi keputusan seri itu terbukti sudah cukup untuk Burkina Faso mara tatkala Cape Verde -- yang mereka tewaskan dalam pertemuan sebelum ini -- juga seri 1-1 dengan juara kumpulan, Cameroon. 

Ethiopia pulang dengan hanya satu mata dalam penampilan kedua AFCON sejak 1982.

Advertisement

Must Watch Video