Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Burkina Faso hidupkan peluang Kumpulan A

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

burkina-faso.jpg
CAPE VERDE 0 BURKINA FASO 1  

Burkina Faso kembali menyalakan peluang untuk melolosi Kumpulan A, Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) apabila menewaskan Cape Verde 1-0, awal pagi tadi. 


Penyudah licik Hassane Bande ketika separuh masa pertama berbaki enam minit memberikan mata pertama buat pasukan bimbingan Kamou Malo itu selepas mereka tewas 1-2 kepada tuan rumah, Cameroon, dalam perlawanan pembukaan.

Cape Verde pula memburu kemenangan kedua selepas bermula cemerlang mengetepikan cabaran Ethiopia tetapi kali ini mereka hanya mampu menghasilkan satu percubaan tepat dalam setiap babak ketika memberikan persembahan hambar.





Satu-satunya detik berkualiti ialah ketika Bande mendada bola ke dalam gawang sewaktu menyambut hantaran silang Issa Kabore untuk gol tunggal perlawanan. 

Cape Verde meningkatkan tekanan dalam separuh masa kedua tetapi ia masih belum cukup untuk mereka mengelak kekalahan kedua sepanjang sembilan perlawanan AFCON.

Keputusan itu juga meletakkan mereka di bawah tekanan besar berikutan kini perlu mendapatkan keputusan positif menentang ketika menentang pendahulu kumpulan, Cameroon, dalam usaha untuk meneruskan kemaraan. 

Advertisement

Must Watch Video