GUINEA 1 GAMBIA 0
Jaringan Aguibou Camara dalam babak kedua memberikan kemenangan 1-0 Guinea ke atas Gambia dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Stade Charles Konan Banny de Yamoussoukro awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan itu gagal meraih tiga mata pertama dalam aksi pembukaan, di mana Gambia tewas 0-3 kepada Senegal dan Guinea pula seri 1-1 dengan Cameroon, sekali gus menjadikan aksi kali ini sebagai penentu haluan mereka ke pusingan 16.
Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Camara memecahkan kebuntuan itu pada 21 minit terakhir, di mana dia menyumbat masuk bola daripada umpanan lintang Morgan Guilavogui, yang sudah cukup untuk memastikan Guinea mengumpulkan empat mata menjelang aksi terakhir bertemu pendahulu kumpulan, Senegal pada awal pagi Rabu ini.
Gambia, dalam pada itu, menduduki tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata menjelang aksi terakhir bertemu pasukan di tangga ketiga, Cameroon, Rabu ini.

⌚️ FULL-TIME!
— CAF (@CAF_Online) January 19, 2024
Guinea breaks the deadlock with one goal to win today’s 3 points against The Gambia! ⚡️#TotalEnergiesAFCON2023 | #GUIGAM pic.twitter.com/YGsAQCIN9J