PIALA ASIA

AFCON: Afrika Selatan singkir Maghribi

Muzaffar Musa 31/01/2024 | 03:17 MYT
MAGHRIBI 0 AFRIKA SELATAN 2
Afrika Selatan cemas sebelum menyingkirkan Maghribi untuk melangkah ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Stade Laurent Pokou, San Pedro awal pagi tadi.
Pasukan Bafana Bafana itu jelas pasukan yang baik untuk mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas semifinalis Piala Dunia 2022 berkenaan, yang kehilangan seorang pemain selepas Sofyan Amrabat dilayangkan kad merah pada penghujung permainan, tidak lama selepas Achraf Hakimi gagal menyudahkan sepakan penalti.
Afrika Selatan hanya memenangi satu perlawanan peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati manakala Maghribi pula mendominasi Kumpulan F dalam pemburuan gelaran AFCON kedua.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan bimbingan Hugo Broos itu berada di depan pada minit ke-57 apabila Evidence Makgopa menyudahkan gerakan lancar sepasukan Afrika Selatan dengan rembatan rendah ke gawang lawan.
Maghribi berpeluang untuk menyamakan kedudukan daripada sepakan penalti menjelang lima minit terakhir apabila video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan Mothobi Mvala tetapi sepakan Hakimi sekadar hinggap di palang gol.
Malang berganda menimpa Maghribi ketika mereka meneruskan pemburuan jaringan penyamaan apabila Amrabat dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Teboho Mokoena.
Manambah kepada kedukaan itu, Mokoena kemudian menyudahkan sepakan percuma berkenaan untuk mengesahkan kemaraan Afrika Selatan ke suku akhir dan akan bertemu Cape Verde hujung minggu ini.
#bola sepak #Maghribi #Afrika Selatan #Piala Negara-negara Afrika #AFCON
;