AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon


Julai 19, 2024 11:41 MYT
Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Dalam hantaran tersebut, AFC meraikan kejayaan yang dibawa Kim Pan-gon untuk meningkatkan kualiti bola sepak pasukan kebangsaan sejak mengambil alih tampuk kejurulatihan sejak tahun 2022.
AFC turut mengucapkan terima kasih kepada Kim Pan-gon kerana telah menghadiahkan memori terbaik bukan sahaja untuk bola sepak Malaysia, tetapi untuk bola sepak Asia secara amnya.
Di bawah kendalian Kim Pan-gon, Harimau Malaya telah beraksi sebanyak 35 perlawanan dengan merekodkan 20 kemenangan, 10 kekalahan, dan 5 seri.
Harimau Malaya turut mencipta sejarah baharu apabila layak ke pusingan akhir AFC Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama selepas menunggu hampir 43 tahun di bawah kendalian beliau.

As Coach Kim Pan-gon steps down, we celebrate his contributions to Malaysia's football legacy. Thank you for the memories! ??? pic.twitter.com/r8JOt3lX7h

— #AsianQualifiers (@afcasiancup) July 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AFC #Harimau Malaya #Kim Pan-gon