Berbaki 11 hari untuk badan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), dan badan bebas, First Instance Body (FIB), untuk menghantar dokumen lengkap kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berdasarkan tarikh akhir yang ditetapkan pada 31 Mei ini.
Berlaku dua kali lanjutan tarikh di peringkat domestik daripada pihak MFL dan sehingga ke saat ini, belum ada sebarang pengesahan berkenaan status pasukan yang sudah selesai menghantar dokumen lengkap.
Difahamkan, MFL masih membuka ruang kepada beberapa pasukan yang masih dalam proses melengkapkan dokumen mereka.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, berkata lanjutan tarikh atau masa yang sedang berlaku ketika ini merupakan usaha MFL untuk menyelamatkan Liga Malaysia.
Walaupun ada beberapa pihak kurang senang dengan ruang yang diberikan MFL, Windsor menegaskan badan penganjur itu berada di landasan tepat untuk tidak melanggar sebarang peraturan AFC.
"Untuk mengeluarkan pasukan senang, hanya perlu katakan lesen tidak lulus tetapi untuk membantu sesuatu pasukan untuk beraksi, ia akan memerlukan gerak kerja bagi membantu pasukan berkenaan mencapai tahap yang ditetapkan untuk lulus pelesenan kelab," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Jika banyak pasukan tarik diri, jumlah perlawanan akan berkurangan dan dana yang masuk daripada penyiar dan penaja mungkin akan berkurang juga.
"Jadi, tanggungjawab MFL juga merupakan satu aspek yang perlu kita simpati.
"Apa yang MFL lakukan, menangguhkan tarikh penyerahan dokumen memang tidak salah kerana ia keputusan yang dilakukan jawatankuasa yang memiliki hak untuk menentukan tarikh dokumen harus diserahkan.
"Apa yang penting, dokumen berkenaan perlu sampai ke AFC sebelum 31 Mei ini," katanya.