LIGA SUPER MSIA
AFC bagi geran, mereka ada hak tetapkan peraturan liga -- Yusof Mahadi
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusof Mahadi, menegaskan badan induk negara mengambil maklum tentang perlaksanaan yang sedang direncanakan Kondeferasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ketika ini.
Malah, atas dasar pengeluaran geran AFC yang disalurkan kepada setiap badan induk negara, AFC mahupun FIFA ada hak untuk membuat sebarang pindaan peraturan demi kelangsungan liga domestik setiap ahli gabungan.
"AFC ada memberi geran tahunan kepada persatuan bola sepak negara. Jadi kami juga terikat dengan peraturan AFC.
Iklan
Selangor FC membelakangi FAM dengan meneruskan niat beraksi di Liga Singapura ?FAM yakin segala risiko, implikasi dan persepsi dari semua pihak sudah di perhalusi SFC, jika berlaku apa apa ia tanggungjawab sendiri pic.twitter.com/IAEO0LUhpK— FinaNasrom (@fnasrom) May 21, 2025
"Apa juga perubahan yang dilakukan, pastinya AFC lebih memikirkan usaha meningkatkan kualiti liga sesebuah negara," katanya di Nadi Arena.
Dalam perkembangan berbeza, hasrat Gergasi Merah untuk meneruskan niat beraksi dalam Liga Singapura perlu dilihat secara keseluruhan.
Yusof berpandangan bahawa Selangor perlu mengambil kira pelbagai faktor atas keputusan tidak popular yang diambil.
"Bukan sahaja Selangor. Kalau sesebuah kelab mahu bermain di luar negara, pastinya mereka sudah mengambil kira kesan kewangan, implikasi kepada liga domestik dan reaksi orang luar.
"Faktor-faktor ini sudah diambil kira dan kalau mereka masih mahu meneruskannya, maknanya mereka ada tujuan tertentu dan itu yang terbaik untuk pasukan mereka," katanya.
Must-Watch Video