Skip to main content

Bola Sepak

Adrien Rabiot belum putuskan nasib di Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rabiot.jpg
Pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot, belum mahu memuktamadkan perjanjian untuk kekal di Juventus meskipun kontraknya hanya berbaki hingga hujung musim ini.

Bianconeri masih berjuang dalam Liga Europa dan Coppa Italia di sebalik pemotongan 15 mata yang menjejaskan kempen liga mereka musim ini.

Rabiot menegaskan dia harus memberi tumpuan kepada baki perjuangan Juve dan bukannya bercakap soal peribadinya dalam satu temu bual bersama Tuttosport.

Dia berkata: "Masa depan saya? Buat masa ini tiada berita tetapi kami pasti akan bercakap tidak lama lagi kerana kira-kira dua bulan lagi musim ini akan berakhir dan kami akan cuba membincangkannya, apa pun saya kekal tenang.

 

“Ada kemungkinan untuk berhijrah tetapi juga ada kemungkinan untuk melanjutkan kontrak baru dengan Juve.

“Saya seronok di Turin, saya melakukan tugas yang bagus di kelab ini dan mempunyai hubungan baik dengan pihak pengurusan, rakan sepasukan dan jurulatih yang turut membantu saya.

"Saya percaya semua ini penting untuk berasa baik dan oleh itu saya perlu membuat pilihan yang tepat demi masa depan saya."

Advertisement

Must Watch Video